Dari Admin

14 Januari 2015 --Keputusan UPSR 2014. 9 orang 5A. Tahniah!


Tuesday, December 11, 2012

UPSR Bahagian 2

Kenangan yang patut dijadikan sebagai pedoman dan pelajaran kepada seluruh warga pelajar dan pendidik SKLK
 
 
 
 

Semasa keputusan UPSR di umumkan..;knj



Sewaktu diteruramah oleh pihak RTM

 

 

 
 
Pelajar cemerlang SKLK

Berita Harian 2012 Part 2

Ini yang baru dinamakan 'mempromosikan sekolah di peringkat kebangsaan'. Tahniah sekali lagi SKLK!

Berita Harian edisi Timur, 10 Disember 2012

Friday, December 7, 2012

e-Haluan Sumatera Barat

Rentetan berita daripada persinggahan kumpulan SKLK ke Kota Payakumbuh tempoh hari, kini nama SKLK terpapar dalam media elektronik Sumatera Barat, e-Haluan.




TAK LUPA KAMPUNG HALAMAN

Menjadi warga pendidik di negara orang ternyata tidak membuatkan seseorang itu lupa akan tempat asal atau kampung halamannya. Itulah yang dirasai oleh puteri asal Payakumbuh, Devi Masran yang kini menjadi guru besar di Sekolah Kebangsaan Lubok Kulit, Kuala Lipis, Pahang, MALAYSIA.

Tidak lama dahulu, Devi telah mengunjungi SMP Negeri 2 Payakumbuh. Kunjungan tersebut disertai seramai 36 orang yang terdiri daripada kerjasama dari bahagian pendidikan dan usahasama di antara Malaysia dengan Sumatera Barat.

Kerjasama yang dijalinkan ini telah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah negara, khususnya Dinas Pendidikan Payakumbuh. Kedatangan mereka disambut dari Malaysia yang diwakili oleh wakil kota Payakumbuh, Syamsul Bachri, Sekda Irwandi, SH Ketua Dinas Pendidikan Drs. Edvianus serta Dinas Parawisata dan Kebudayaan Drs. Ridha Ananda yang banyak mengambil berat mengenai kerjasama diantara kedua-dua belah pihak ini.

Devi yang lahir 25 Februari 1962 di kota ini, tidak mengalami sebarang masalah dalam menjalinkan hubungan komunikasi dengan orang-orang di kampung halamannya. Sebagai guru besar, Devi juga bekas penuntut di Universiti Putra Malaysia, Serdang SELANGOR "Mengabadikannya boleh dilakukan di mana-mana sahaja, sekadar kebetulan saya menjadi guru di negeri orang. Tapi kampung halam tetap tak pernah saya lupakan"

Berita Harian 2012

Kali ini, SKLK muncul di dada akhbar Berita Harian edisi Timur (4 Disember 2012, Selasa). Berikut adalah kata-kata daripada guru besar SKLK tatkala ditanya mengenai berita gembira ini.
 
 
Again.... Breaking news about SKLK! The battle starts here.  We must keep our faith stronger than before, keep on moving, keep climbing! I want to see what's waiting for us on the other side!
 
 
 
Semoga dengan kejayaan yang membanggakan ini dapat meningkatkan lagi motivasi dikalangan pelajar Tahun 6 2013 untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Monday, December 3, 2012

Sorotan Kejayaan SKLK

 

Sekali lagi nama SKLK berada di dada akhbar Malaysia setelah pelajar Tahun 6 2012 telah mencapai kejayaan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Gambar di atas adalah daripada keratan akhbar Utusan Malaysia Wilayah Pahang (25 November 2012).

Berita boleh dilihat di Utusan Malaysia Online
http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121126/wp_02/PIBG-Alumni-Sekolah-Rendah-wajar-tubuh-koperasi

Di bawah pula adalah keratan daripada surat khabar Sinar Harian (Edisi Pahang) pada 28 November 2012.

Thursday, November 22, 2012

UPSR Bahagian 1

Pada 21 November 2012. SK Lubok Kulit telah dikunjungi oleh pihak RTM Negeri Pahang, yang ingin membuat liputan dan mempromosikan SKLK di mata Malaysia. Masakan tidak, SKLK satu-satunya sekolah yang pernah membuat lawatan ke negara seberang. Dan kini, SKLK telah memintas kejayaan UPSR 2012 yang sangat memberangsangkan daripada sekolah-sekolah yang dulunya sentiasa menduduki tempat teratas dalam bilangan keputusan peperiksaan yang cemerlang, dalam daerah Kuala Lipis mahupun negeri Pahang sendiri.
 
 
Tahun 2012 kami ke SMPN2 Payakumbuh SUMBAR Indonesia untuk capai Visi - sekolah cemerlang. tahun 2013 kami nak capai Sekolah Berprestasi Tinggi..jadi kena tengok sekolah lain di negara lain pula lah! masalahnya....
 
Pada hari kejadian itu juga, pelajar Tahun 6 2012 sangat beruntung kerana YH Dato'Fatah Bin Abdullah telah datang dan menyampaikan sijil kepada semua pelajar.
 
Pelajar yang mendapat keputusan UPSR 5A, 11 orang
 

Monday, November 19, 2012

Keputusan UPSR 2012



SK Lubok Kulit dengan berbesar hati ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar UPSR tahun 2012. Satu sejarah baru telah terlakar dalam sejarah sekolah SK Lubok Kulit. Pada malam semalam, keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Lipis.

Maka hasilnya:

11 orang mendapat keputusan cemerlang : 5A
8 orang mendapat keputusan terbaik: 4A 1B
  • BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 
    • 100 % , GPMP - 1.21
  • BAHASA MELAYU PENULISAN
    • 97.06 % , GPMP - 1.24
  • ENGLISH LANGUAGE
    • 97.06 % , GPMP - 1.85
  • MATHEMATICS
    • 94.12 % , GPMP - 1.65
  • SCIENCE
    • 97.06 % , GPMP - 1.79

Satu peningkatan yang sangat ketara. Jika di tahun 2011, SKLK hanya mampu berada di tangga 454 di antara sekolah-sekolah rendah di dalam negeri Pahang. Maka tahun ini, SKLK berjaya naik, memintas beratus-ratus sekolah yang mendahuluinya; ke-25. Di dalam daerah Kuala Lipis, SKLK berada di kedudukan ke-5. TAHNIAH! Satu keputusan yang menakjubkan!

Tahniah sekali lagi kepada semua. Segala penat lelah telah terbayar dan Allah telah menghadiahkan sesuatu yang sangat berharga kepada SKLK, terutamanya kepada pelajar UPSR sendiri. Jadikan keputusan ini sebagai pemangkin dan semangat untuk meneruskan perjalanan dalam menuntut ilmu di alam sekolah menengah nanti. InsyaAllah. Jika diteruskan usaha yang sama, perbaiki segala kesilapan, akan berjaya dengan lebih cemerlang di masa akan datang.




Admin: Jika dulu selalu diejek dan dipermainkan oleh segelintir orang yang perasan maruahnya tidak sesuai berada di sana.... TAPI, kini hasil 'ejekan' itu menjadi punca rezeki SKLK. Sekolah kampung yang terletak di hulu kini setanding dengan sekolah cemerlang di bandar Kuala Lipis. Kini, nama SKLK disebut-sebut di seluruh Malaysia, mahupun dunia! Apakah habuan yang bakal diterima oleh SKLK? Nak tahu? Sila tunggu.. (^,^)

 

Tuesday, May 8, 2012

MSSM Daerah Lipis 2012

Tahniah SK Lubok Kulit kerana telah berjaya dalam kejohanan Bola Jaring MSSM Daerah Lipis 2012

Tempat Ke-4

Thursday, May 3, 2012

Action Song, Story Telling, Public Speaking Competition 2012

Action Song, Story Telling, Public Speaking Competition 2012
DISTRICT LEVEL

Date: 03th May 2012
Venue: SK Lubok Kulit, Kuala Lipis, Pahang


1st Place Winner: SK Felda Kechau 1



2nd Place Winner: SK Penjom




3rd Place Winner: SK Clifford




Representative: SK Lubok Kulit




Representative: SJK(C) Padang Tengku



Admin: Congratulation to all the winners!

Wednesday, May 2, 2012

Wednesday, March 21, 2012

SKLK Di Dada Akhbar Payakumbuh

Lawatan SKLK ke SMP N2 Payakumbuh tempoh diterbitkan di dalam akhbar tempatan yang bertarikh 13 March 2012..



Dua keping surat khabar yang terkenal dari Indonesia beserta VCD lawatan diadakan dikirim oleh Dato' Raja Malikan Hj. Mardenis bin Tabua, telah pun diterima beberapa hari lepas.

Tahniah SK Lubok Kulit!

Saturday, March 17, 2012

MoU SKLK Ke SMP N2 Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia

Dikala warga sekolah sedang berseronok menghabiskan masa cuti sekolah dengan keluarga tercinta.. Warga SKLK juga turut melakukan sesuatu yang sama, tapi ada sikit kelainan daripada aktiviti-aktiviti guru-guru di sekolah lain..


Cenderahati dari SMP N2 Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia -- 12 March 2012

Lawatan kerja yang dilakukan selama tiga hari dua malam di sekitar Sumatera Barat, Indonesia; Padang, Payakumbuh dan Bukit Tinggi.. Program ini terdiri daripada staf SKLK serta ahli keluarga.


TARIKH: 10 Mac 2012 - 12 Mac 2012
LOKASI: Payakumbuh, Bukit Tinggi & Padang, Indonesia



Satu lawatan kerja rasmi telah dijalankan di SMP N2 Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia yang mana merupakan sekolah angkat SKLK. Berikut merupakan misi & visi lawatan ini..


MISI: Melakukan transformasi dalam sistem pendidikan & menyahut cabaran NKRA negara
VISI: Ingin menjalinkan silaturahim dengan SMP N2 Payakumbuh dan meningkatkan sistem pembelajaran & pembelajaran (P&P) ke arah yang lebih baik. Selain itu, SKLK dan SMP N2 Payakumbuh telah mewujudkan satu perjanjian rasmi - Sekolah Angkat

Dalam sistem pendidikan di Indonesia, mereka akan memulakan persekolahan (tahun semasa) pada setiap 1 Jun dan akan bercuti pada setiap bulan Ramadhan selama sebulan.

Sistem mereka mempunyai sedikit persamaan dengan sistem pendidikan di Amerika Syarikat di mana, di SMP ini terdiri daripada pelajar daripada darjah 1 hingga darjah 9. Atau dengan erti kata lain, Tahun 1 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan + Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di Sekolah Menengah.

Suasana pembelajaran dan pengajaran (P&P) di salah sebuah kelas.

Dalam sistem pendidikan Indonesia, untuk naik ke setiap peringkat darjah, para pelajar perlu melalui satu fasa peperiksaan. Di sini, para pelajar tidak akan dibenarkan untuk naik kelas (naik darjah yang lebih tinggi sehingga mereka lulus peperiksaan akhir, Jika gagal, mereka akan tetap berada di kelas yang sama sehingga lulus.

Di SMP N2 Payakumbuh ini sendiri, ada satu program yang dijalankan di antara pelajar dan guru, iaitu Guru Penyayang.. Di Malaysia, program ini dikenali dengan nama Mentor-Mentee.. Dari sini, guru akan memantau dengan lebih dekat mengenai aktiviti terkini pelajar di bawah jagaan mereka..

Rombongan SKLK disambut dengan penuh adat istiadat, berasakan adat Minang (Pepatih)..

Menerima sireh yang di persembahkan sebagai Tanda Menerima Tetamu Di Raja, mengikut Adat Perpatih, Payakumbuh, Sumatera Barat.
Semua peralatan, daripada pakaian adat termasuklah alatan muzik merupakan barangan antik dan tradisional yang dijaga dengan rapi untuk menjaga keasliannya daripada tercemar.




Sambutan Selamat Datang Di Raja - oleh pelajar SMP Negeri 2, Payakumbuh, Sumatera Barat - mengikut Adat Perpatih.

Persembahan balas oleh En. Azhar Bin Teh (GPK 1 - SKLK) - Gurindam Melayu Lama
Persembahan balas daripada Ustaz Asyraf - Sajak

Selain itu, satu sidang akhbar 'press conference' telah dilakukan di sekolah ini.

Alhamdulillah. Syukur segala perancangan yang dirancang dengan rapi ini telah mencapai misi & visi yang dikejar sebelum ini. Ribuan terima kasih dari pihak SKLK kepada SMP N2 Payakumbuh kerana sudi menerima ketibaan kami yang jauh di seberang laut.

Sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada Guru Besar SMP N2 Payakumbuh, Refrizal Sam, S Pd. Kons dan semua warga sekolah. Tidak dilupakan juga kepada Dinas Pendidikan (PPD) Payakumbuh Drs. Enfrianus kerana sudi meluangkan masa dengan kami. 

InsyaAllah, akan ada lawatan balas daripada sekolah ini ke Kuala Lipis, Pahang di antara bulan 5-6 nanti.

Pautan Yang Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...