SK Lubok Kulit dengan berbesar hati ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar UPSR tahun 2012. Satu sejarah baru telah terlakar dalam sejarah sekolah SK Lubok Kulit. Pada malam semalam, keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Lipis.
Maka hasilnya:
11 orang mendapat keputusan cemerlang : 5A
8 orang mendapat keputusan terbaik: 4A 1B
- BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
- 100 % , GPMP - 1.21
- BAHASA MELAYU PENULISAN
- 97.06 % , GPMP - 1.24
- ENGLISH LANGUAGE
- 97.06 % , GPMP - 1.85
- MATHEMATICS
- 94.12 % , GPMP - 1.65
- SCIENCE
- 97.06 % , GPMP - 1.79
Satu peningkatan yang sangat ketara. Jika di tahun 2011, SKLK hanya mampu berada di tangga 454 di antara sekolah-sekolah rendah di dalam negeri Pahang. Maka tahun ini, SKLK berjaya naik, memintas beratus-ratus sekolah yang mendahuluinya; ke-25. Di dalam daerah Kuala Lipis, SKLK berada di kedudukan ke-5. TAHNIAH! Satu keputusan yang menakjubkan!
Tahniah sekali lagi kepada semua. Segala penat lelah telah terbayar dan Allah telah menghadiahkan sesuatu yang sangat berharga kepada SKLK, terutamanya kepada pelajar UPSR sendiri. Jadikan keputusan ini sebagai pemangkin dan semangat untuk meneruskan perjalanan dalam menuntut ilmu di alam sekolah menengah nanti. InsyaAllah. Jika diteruskan usaha yang sama, perbaiki segala kesilapan, akan berjaya dengan lebih cemerlang di masa akan datang.
Admin: Jika dulu selalu diejek dan dipermainkan oleh segelintir orang yang perasan maruahnya tidak sesuai berada di sana.... TAPI, kini hasil 'ejekan' itu menjadi punca rezeki SKLK. Sekolah kampung yang terletak di hulu kini setanding dengan sekolah cemerlang di bandar Kuala Lipis. Kini, nama SKLK disebut-sebut di seluruh Malaysia, mahupun dunia! Apakah habuan yang bakal diterima oleh SKLK? Nak tahu? Sila tunggu.. (^,^)
No comments:
Post a Comment