Awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Lubok Kulit pada asalnya hanya merupakan sebuah madrasah untuk kegunaan penduduk setempat. Ia merupakan tempat berkumpulnya masyarakat kampung pada waktu tertentu seperti sembahyang dan mendengar bacaan kitab agama. Asas bangunan pula turut dibina sendiri oleh orang kampung secara gotong-royong.
Setelah timbul rasa mengutamakan pendidikan dan ada beberapa orang ahli komuniti yang boleh membaca dan menulis,timbul kesedaran untuk mewujudkan kelas untuk orang dewasa yang dikenali sebagai kelas dewasa.Pengasas penubuhan sekolah ini adalah Haji Ismail bin Tanggok. Beliau mengasaskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1948.Seramai 30 orang murid merupakan pelajar ambilan pertama di sekolah ini. Fizikal sekolah ini hanyalah atap yang diperbuat daripada daun pedar dan lantai buluh.
Encik Mat Adam b Awang merupakan pelajar pertama sekolah dewasa kampung Lubok Kulit ini. Pada tahun 1949,sebuah bangunan baru telah dibina untuk memperbesar bangunan sedia ada.Ia dilakukan secara gotong-royong.
Tenaga pengajarnya hanya dua orang dan salah seorang bernama En.Aziz yang berasal dari Kampung Sega,Raub. Gaji tenaga pengajar dibayar oleh kampung. Memandangkan sambutan yang sangat baik terhadap sekolah ini,maka pada tahun 1958,kerajaan telah membantu membiayai pembinaan sebuah bangunan baru di tapak asal sekolah. Pembinaannya juga dibuat secara gotong-royong.Guru Besar sekolah ini pada masa itu ialah Cikgu Majid.
Pada tahun 1972,rumah guru pula dibina oleh kerajaan.Ia terletak berhampiran sekolah ini. Guru Besar sekolah ini pada masa itu ialah Encik Badruzzaman.Kemudian pada 1978,bangunan batu setingkat,iaitu blok B sekarang didirikan.Ia lebih member ikeselesaan kepada para pelajar sekolah ini.
Berikut adalah senarai guru besar-guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini
- Encik Mohamad b Uda -19502. Encik Ahmad b Samad-19513. Encik Isa b Mohd Noh - 19524. Encik Daud b Sham -5. Encik Kamaru Y (Jerantut) -6. Encik Majid b Yaakub -7. Encik Rahman b Zakaria -8. Encik Baharuddin b Patah -9. Encik Wan Badaruzaman – 1972 - 198210. Encik Mohamad b Dahan – 1982 - 198811. Encik Zulkefli b Idris – 1988 - 199612. Encik Suhaimi b Yunan –1996 - 200013. Encik Mohamad Sukri b Mohd.Ramli – 2000 - 200314. Encik Illyas b Said-2003 - 200415. Encik Hasami bin Mohamed- 2004 - 200816. Encik Ahmad Suhaimi b Mohamad- 2008 - 201117. Puan Devi binti Masran – 2011 -