Cenderahati dari SMP N2 Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia -- 12 March 2012 |
Lawatan kerja yang dilakukan selama tiga hari dua malam di sekitar Sumatera Barat, Indonesia; Padang, Payakumbuh dan Bukit Tinggi.. Program ini terdiri daripada staf SKLK serta ahli keluarga.
TARIKH: 10 Mac 2012 - 12 Mac 2012
LOKASI: Payakumbuh, Bukit Tinggi & Padang, Indonesia
Satu lawatan kerja rasmi telah dijalankan di SMP N2 Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia yang mana merupakan sekolah angkat SKLK. Berikut merupakan misi & visi lawatan ini..
MISI: Melakukan transformasi dalam sistem pendidikan & menyahut cabaran NKRA negara
VISI: Ingin menjalinkan silaturahim dengan SMP N2 Payakumbuh dan meningkatkan sistem pembelajaran & pembelajaran (P&P) ke arah yang lebih baik. Selain itu, SKLK dan SMP N2 Payakumbuh telah mewujudkan satu perjanjian rasmi - Sekolah Angkat
Dalam sistem pendidikan di Indonesia, mereka akan memulakan persekolahan (tahun semasa) pada setiap 1 Jun dan akan bercuti pada setiap bulan Ramadhan selama sebulan.
Sistem mereka mempunyai sedikit persamaan dengan sistem pendidikan di Amerika Syarikat di mana, di SMP ini terdiri daripada pelajar daripada darjah 1 hingga darjah 9. Atau dengan erti kata lain, Tahun 1 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan + Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di Sekolah Menengah.
Dalam sistem pendidikan Indonesia, untuk naik ke setiap peringkat darjah, para pelajar perlu melalui satu fasa peperiksaan. Di sini, para pelajar tidak akan dibenarkan untuk naik kelas (naik darjah yang lebih tinggi sehingga mereka lulus peperiksaan akhir, Jika gagal, mereka akan tetap berada di kelas yang sama sehingga lulus.
Di SMP N2 Payakumbuh ini sendiri, ada satu program yang dijalankan di antara pelajar dan guru, iaitu Guru Penyayang.. Di Malaysia, program ini dikenali dengan nama Mentor-Mentee.. Dari sini, guru akan memantau dengan lebih dekat mengenai aktiviti terkini pelajar di bawah jagaan mereka..
Rombongan SKLK disambut dengan penuh adat istiadat, berasakan adat Minang (Pepatih)..

Suasana pembelajaran dan pengajaran (P&P) di salah sebuah kelas. |

Menerima sireh yang di persembahkan sebagai Tanda Menerima Tetamu Di Raja, mengikut Adat Perpatih, Payakumbuh, Sumatera Barat. |
Semua peralatan, daripada pakaian adat termasuklah alatan muzik merupakan barangan antik dan tradisional yang dijaga dengan rapi untuk menjaga keasliannya daripada tercemar.
Sambutan Selamat Datang Di Raja - oleh pelajar SMP Negeri 2, Payakumbuh, Sumatera Barat - mengikut Adat Perpatih. |
Persembahan balas oleh En. Azhar Bin Teh (GPK 1 - SKLK) - Gurindam Melayu Lama |
Persembahan balas daripada Ustaz Asyraf - Sajak |
Selain itu, satu sidang akhbar 'press conference' telah dilakukan di sekolah ini.
Alhamdulillah. Syukur segala perancangan yang dirancang dengan rapi ini telah mencapai misi & visi yang dikejar sebelum ini. Ribuan terima kasih dari pihak SKLK kepada SMP N2 Payakumbuh kerana sudi menerima ketibaan kami yang jauh di seberang laut.
Sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada Guru Besar SMP N2 Payakumbuh, Refrizal Sam, S Pd. Kons dan semua warga sekolah. Tidak dilupakan juga kepada Dinas Pendidikan (PPD) Payakumbuh Drs. Enfrianus kerana sudi meluangkan masa dengan kami.
InsyaAllah, akan ada lawatan balas daripada sekolah ini ke Kuala Lipis, Pahang di antara bulan 5-6 nanti.
No comments:
Post a Comment